Zawear Travel diasaskan oleh Aiman Zawir, bekas pelajar Malaysia yang menuntut di Isparta, Turkiye. Dengan pengalaman melancong ke hampir semua negeri di Turkiye, kami menawarkan lebih daripada sekadar melancong bahkan sebuah perjalanan yang penuh makna dan kenangan. Sejak zaman belajar, Aiman telah menguruskan pelbagai kumpulan dari Malaysia. Kini, Zawear Travel membawa pelancong untuk meneroka Turkiye, Eropah dan Morocco dengan servis premium pada harga berpatutan.