DRAG

Pakej Private vs Open Trip ke Turkiye – Mana Lagi Berbaloi?

  • Utama
  • trip
  • Pakej Private vs Open Trip ke Turkiye – Mana Lagi Berbaloi?

Pakej Private vs Open Trip ke Turkiye – Mana Lagi Berbaloi?

Kami sering menerima pertanyaan daripada pelanggan, “kalau nak ke Turkiye, elok ambil open trip atau private trip ya?

Soalan yang nampak mudah, tapi sebenarnya cukup penting. Sebab cara anda pilih pakej boleh ubah keseluruhan pengalaman percutian.

Kami sendiri berpengalaman menguruskan kedua-dua jenis trip – dari open trip bersama peserta dari pelbagai latar belakang, hinggalah private trip untuk rombongan keluarga besar atau kumpulan korporat.” Dua-dua seronok, tapi pengalaman memang berbeza.

Dan dari situ, saya mula sedar… ramai yang nak travel ke Turkiye, tapi masih tertanya-tanya – mana satu yang lebih sesuai?

OPEN TRIP – Sesuai Untuk Yang Suka Berkawan

Kalau anda jenis yang suka berkenalan dengan orang baru, tak kisah ikut jadual yang dah ditetapkan dan nak jimat bajet, open trip mungkin pilihan terbaik.Dalam open trip, anda akan join trip bersama peserta lain dari pelbagai negeri Malaysia. Semua aktiviti, jadual, dan tempat lawatan dah disusun kemas oleh travel agency. Anda cuma datang, bawa beg dan ikut itinerari.

PRIVATE TRIP – Bila Mahu Ikut Rentak Sendiri

Lain pula ceritanya ada sebahagian orang bawa mak ayah dan adik-beradik untuk trip keluarga. Mereka pilih private trip sebab nak ikut pace sendiri – mak tak larat berjalan jauh sangat, jadi mereka minta ubah jadual jadi lebih santai.

Private trip ni macam charter percutian peribadi – hanya untuk kumpulan anda. Nak mula lambat sikit? Boleh. Nak tambah tempat lawatan? Pun boleh. Tour guide pun fokus hanya pada kumpulan anda.

Memang lebih privasi dan selesa. Antara momen paling indah ialah anda boleh berjalan-jalan santai sambil menikmati makanan tempatan di tepi Bosphorus. Angin sepoi-sepoi bahasa, aroma kebab yang menyelerakan dan pemandangan laut yang tenang. Momen yang tak ternilai dan sukar nak dapat kalau ikut jadual terhad open trip.


Jadi… Mana Lagi Berbaloi?

Jawapannya bergantung kepada cara anda suka bercuti.

  • Suka bersosial, bajet lebih jimat, tak kisah ikut jadual = Open Trip
  • Nak bebas atur sendiri, lebih privasi, sesuai untuk keluarga atau geng rapat = Private Trip

Apa pun pilihan anda, kedua-duanya ada kelebihan tersendiri.


Jadi, lepas baca ni… dah boleh agak mana yang lebih sesuai untuk gaya travel anda. Masih ragu-ragu? Tengok je video di Instagram & TikTok @zaweartravel – penuh dengan momen indah dan senyuman puas hati. Apa jua pilihan anda, yang penting kenangan tercipta. Jumpa di Turkiye nanti!

admin

Zawear Travel Writer