“Turkiye ni best bila musim apa ya?”
Soalan ni antara yang paling ramai tanya bila nak rancang trip ke Turkiye Dan sebagai agensi yang dah uruskan ratusan tetamu ke Turkiye sepanjang tahun, kami tahu setiap musim ada tarikannya tersendiri. Jom kami kongsikan pengalaman & tips supaya anda boleh pilih musim yang paling sesuai dengan gaya percutian anda!
1. Musim Bunga (Mac – Mei)
Bayangkan berjalan di Istanbul, dikelilingi bunga-bunga Tulip mekar di taman-taman seperti Gulhane Park & Emirgan Park. Cuaca waktu ni sangat selesa – tak panas, tak terlalu sejuk, suhu sekitar 8–15°C.
Highlight:
✅ Festival Tulip di Hagia Sofia, Gulhane Park & Emirgan Park
✅ Cuaca selesa untuk banyak berjalan
✅ Belon udara di Cappadocia mula aktif semula
2. Musim Panas (Jun – Ogos)
Kalau anda suka suasana meriah dan siang yang panjang, musim panas sesuai untuk anda. Waktu ni pelancong sangat ramai, terutama di Istanbul dan Cappadocia. Walaupun panas, suhu masih terkawal 28–35°C.
Highlight:
✅ Suasana hidup di Istanbul & Cappadocia
✅ Waktu terbaik ke kawasan pantai seperti Antalya
✅ Ramai pelancong – suasana meriah
3. Musim Luruh (September – November)
Warna-warna daun bertukar emas & merah memang buat gambar percutian nampak aesthetic. Suhu pun dah mula turun sekitar 15–25°C, sangat selesa untuk berjalan.
Highlight:
✅ Pemandangan romantik & aesthetic
✅ Cuaca tak terlalu panas atau sejuk
✅ Harga hotel & tiket lebih murah
4. Musim Sejuk (Disember – Februari)
Nak rasa salji turun sambil minum teh Turki panas? Musim sejuk memang sangat cantik. Sesuai sangat kalau anda suka suasana ala Eropah tapi bajet lebih rendah.
Highlight:
✅ Salji di Cappadocia, Bursa & Uludag
✅ Aktiviti ski & naik kereta kabel
✅ Teh panas sambil duduk di cafe Turki – priceless
Kesimpulan: Pilih Ikut Jiwa & Gaya!
Tiada satu musim yang “paling sempurna” – kerana setiap musim ada keunikan tersendiri.
Yang penting: pilih musim yang sesuai dengan tujuan anda – nak gambar cantik? nak cuaca selesa? nak shopping? atau nak salji?Dan kami di ZAWEAR Travel sedia bantu anda susun itinerary & pakej ikut musim yang terbaik untuk anda. Dari trip honeymoon ke trip company, kami ada pengalaman & pilihan pakej sepanjang tahun!