DRAG

Kenapa Turkiye Jadi Destinasi Pilihan Rakyat Malaysia Sekarang?

Kenapa Turkiye Jadi Destinasi Pilihan Rakyat Malaysia Sekarang?

Kalau anda perasan, sejak kebelakangan ini ramai rakyat Malaysia mula memilih Turkiye sebagai destinasi percutian utama—sama ada untuk honeymoon, family trip atau solo travel.

Tapi kenapa Turkiye? Apa yang buatkan negara ni jadi ‘trending’ dan selalu muncul dalam feed IG dan TikTok kita?Jom kami kongsikan sebab-sebab kenapa Turkiye kini berada di tangga teratas senarai wishlist ramai pelancong Malaysia — dan mungkin juga anda lepas ni!

1. Pemandangan yang Unik & Luar Biasa

Dari Cappadocia yang penuh belon panas terapung di udara, ke Pamukkale yang macam salji tapi sebenarnya kolam mineral, sampai ke Istanbul yang penuh sejarah — setiap bandar di Turkiye ada identiti tersendiri.

Ramai pelancong Malaysia jatuh hati sebab:

  • Gambar-gambar memang “Instagrammable”
  • Pemandangan macam dalam filem
  • Campuran alam semula jadi + warisan budaya

2. Destinasi Mesra Muslim

Sebagai negara yang majoriti penduduknya Muslim, Turkiye sangat mesra untuk pelancong Islam.
✅ Makanan halal mudah dicari
✅ Waktu solat dijaga
✅ Banyak masjid dan tempat ibadah yang cantik & bersejarah (Masjid Biru, Hagia Sophia, Eyüp Sultan)

Anda boleh travel dengan tenang tanpa risau isu halal & ibadah.

3. Kos Percutian Masih Berpatutan

Disebabkan nilai mata wang Lira yang lebih rendah, kos makan, beli-belah dan pengangkutan di Turkiye masih lebih mampu milik berbanding negara Eropah lain.
Contohnya:

  • Makan sedap hanya RM15–RM25
  • Boleh beli cenderamata premium dengan harga yang berbaloi
  • Baju, tudung, lampu mozek, pinggan tembikar… semua cantik & murah!

4. Tak Perlu Visa Untuk Warganegara Malaysia

Ya, tak perlu mohon visa pun!
Untuk trip bawah 90 hari, rakyat Malaysia boleh masuk Turkiye dengan passport sahaja.
Ini menjadikan perancangan lebih mudah, dan anda boleh terus buat keputusan spontan nak pergi!

5. Banyak Pilihan Pakej & Penerbangan Terus dari Malaysia

Kini ada banyak penerbangan dari KLIA ke Turkiye (Istanbul) sama ada dengan:

  • Turkish Airlines
  • Qatar Airways
  • Emirates
  • Saudia
  • Atau terus dengan pakej lengkap dari Zawear Travel

Pakej pun ada pelbagai – honeymoon, group, private, all-inclusive, muslim friendly. Jadi tak hairanlah makin ramai orang pilih Turkiye sebagai next trip mereka!

6. Media Sosial & Drama Turki Beri Pengaruh

Siri drama popular seperti Ertugrul, Magnificent Century, atau drama moden Turki banyak menunjukkan keindahan tempat-tempat bersejarah dan budaya mereka.
Secara tak langsung, ramai yang mula berminat nak jejakkan kaki ke lokasi-lokasi tersebut sendiri.

“Dulu tengok dalam drama je… sekarang berdiri depan masjid tu sendiri!”

7.  Trip Penuh Aktiviti Menarik

Turkiye bukan sekadar tempat untuk bergambar, tapi penuh dengan aktiviti berbaloi:

  • Ziarah Makam Sultan Uthmaniyyah
  • Menikmati makanan tempatan
  • Naik belon panas di Cappadocia
  • Bersantai di kolam Pamukkale
  • Shopping di Grand Bazaar
  • Cruise di Selat Bosphorus

Nak Ke Turkiye Tahun Ni?

Kalau anda pun ada plan nak ke Turkiye, kami di Zawear Travel sedia bantu!
Dengan pakej lengkap, tour guide berpengalaman dan itinerary mesra Muslim, anda hanya perlu sediakan luggage dan semangat untuk mengembara.📍 Hubungi kami hari ini – tempat untuk trip musim cuti sangat cepat penuh!

admin

Zawear Travel Writer