Pelanggan bertanggungjawab menyemak semua maklumat peribadi, butiran perjalanan, dan dokumen yang diberikan kepada Zawear Travel. Sebarang kesilapan perlu dimaklumkan segera. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian akibat maklumat yang tidak tepat.
Segala tempahan tiket penerbangan dan pengangkutan adalah tertakluk kepada syarat syarikat penerbangan dan pihak ketiga. Sebarang penambahan kos akibat kelewatan, perubahan jadual, atau pembatalan bukan di bawah kawalan kami.
Sekiranya pelanggan membatalkan atau menukar tempahan, bayaran pembatalan akan dikenakan mengikut polisi yang ditetapkan berikut:
Perubahan tarikh, nama peserta atau pakej
Sebarang kos berkaitan perubahan tarikh, pertukaran nama, atau caj tambahan (termasuk cukai atau penalti pihak ketiga) adalah tanggungan peserta.
Cuti tidak diluluskan oleh majikan
Pihak Zawear Travel tidak bertanggungjawab sekiranya permohonan cuti tidak diluluskan. Pembatalan atas sebab ini masih tertakluk kepada polisi pembatalan seperti di atas.
Dokumen perjalanan & imigresen
Sekatan imigresen, penolakan visa, atau dokumen tidak lengkap adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya. Tiada bayaran balik akan diproses atas sebab-sebab ini.
Zawear Travel berhak membuat pelarasan harga jika berlaku perubahan dalam kadar tukaran mata wang, cukai, yuran kerajaan, atau caj tambahan daripada pihak pembekal.
Pelanggan wajib memastikan semua dokumen perjalanan seperti pasport, visa, dan tiada sekatan cukai atau pinjaman. Zawear Travel tidak bertanggungjawab sekiranya pelanggan dihalang daripada berlepas akibat dokumen tidak lengkap.
Sebarang tuntutan atau pampasan mestilah disalurkan melalui syarikat insurans (jika ada). Zawear Travel tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian kewangan, kelewatan, kehilangan barang atau kecederaan sepanjang perjalanan.
Pelanggan disarankan untuk mengambil insurans perjalanan dan perlindungan kesihatan. Kami tidak menyediakan jaminan perubatan atau perlindungan insurans secara automatik.